Hi, Welcome to my blog, enjoy reading.
RSS

Thursday, September 10, 2009

hanya satu tulisan

Salam.

Ini satu cerita yang saya ambil daripada buku “Life is an open secret” karangan Sis Zabrina. Dalam buku tersebut diceritakan bahawa suatu hari, Ibrahim bin Adham cuba untuk memasuki kawasan mandi awam. Tetapi, penjaga tempat itu telah menahan beliau dan meminta wang sebagai bayaran masuk. Lalu Ibrahim bin Adham pun berhenti dan memberitahu pengawal tersebut bahawa dia tidak mempunyai sebarang wang. Maka pengawal tersebut menahannya dan menjawab “ Kamu tidak boleh memasuki tempat mandi ini jika kamu tidak mempunyai wang”. Tidak semena-mena Ibrahim bi n Adham pun menangis sambil terduduk jatuh ke tanah. Seseorang yang melintasi tempat tersebut telah melihat keadaan Ibrahim bin Adham lalu beliau pun cuba menenangkan Ibrahim sambil menghulurkan wang kepadanya supaya dia boleh masuk ke tempat mandi tersebut. Tetapi, Ibrahim bin Adham menjawab “Saya tidak menangis kerana tidak boleh memasuki tempat mandi tersebut. Apabila penjaga tadi meminta wang bayaran masuk daripada saya, saya teringat sesuatu yang membuatkan saya menangis. Jika saya tidak dibenarkan masuk ke tempat mandi di dunia ini melainkan saya membayar wang , bagaimana pula sekiranya saya ingin memasuki syurga Tuhan ku? Apa yang akan aku bayar sekiranya penjaga syurga itu meminta sesuatu daripada ku sebagai bayaran? Apa pula kebaikan yang engkau telah lakukan? Apa yang kau lakukan sangat bernilai sehingga kau akan dimasukkan ke syurga? Seperti mana aku telah ditahan oleh pengawal tempat mandi itu, aku yakin dan pasti pengawal syurga itu akan menahan ku juga seandainya tiada bekalan yang aku bawa untuk masuk kesana. Oleh sebab itu aku menangis mengenangkan nasib ku ini”

Maka mereka semua yang mendengar cerita Ibrahim bin Adham ini pun menangis mengenangkan nasib dan kebaikan yang dilakukan masing-masing.

Astaghfirullah. How true are the words told here? As I read this story, I realized something too. You don’t have to be a genius to realize what the plot is.

One ticket to Heaven, to our eternal abode, lies with our obedience and sense of duty to our mothers. They are one of the tickets bearers and hold one of our admission tickets to Paradise.

p/s: mengembaralah kita mencari hidayah tuhan pencipta alam..

1 komen:

BeE~BiE said...

wah... sunggh menginsafi diri...huhuhu

Post a Comment